| zaim♥ani | aca | lia | raid | zaid | rafidah | syed | raidah | muadz | sheera | nadia | iqbal | sara | apis | azim | intan | asyraf | danial | izzah | iqa | danish | dayah |. WE'RE CAS mate . =)

Wednesday, December 1, 2010

saya nak berkongsi pendapat

Assalamualaikum w.b.t

ok..sebenarnya bukan la cerita ni best sangat untuk dikongsi...tetapi apa yang dihairankan ialah masalah Pendidikan seks pada seawal usia 7 tahun... Kenapa ramai yang menentang..? kadang-kadang pelik juga melihat citizen zaman sekarang ni terutamanya para ibubapa(yang mereka fikirkan mereka telah matang dan mempunyai kuasa veto terhadap kanak-kanak).... Rasulullah SAW ada berkata "sampai-sampaikan lah dan berpesan-pesan lah" jadi saya mengambil ini sebagai satu inisiatif untuk memberitahu tentang pandangan saya....

Menurut Islam itu sendiri , sex merupakan perkara yang baik. Tetapi mengapa ia disalah anggap oleh masyarakat kita terutama yang berbangsa melayu(yang dibanggakan sangat)beragama islam...? Para ibubapa kita sering memarahi kita apabila kita menanyakan hal ini..? salah ke...?



Berdasarkan pengalaman saya ini...saya mula mengenali sex pada usia 8tahun ketika saya sedang mengisi borang(tak ingat untuk apa) untuk matapelajaran bahasa inggeris...Pada ketika itu saya bertanyakan kepada cikgu B.Melayu...jawapan yang diberikan sangat mengecewakan saya..cikgu tersebut menyuruh saya diam dan telah memarahi saya sambil mengatakan bahawa budak seperti saya tidak seharusnya berkata atau berfikif begitu...Jadi saya masih lagi bingung ketika itu...Kemudian saya berjumpa dengan cikgu B.Inggeris saya...Disitulah baru saya mendapat jawapan yang amat memuaskan hati saya...Jawapan yang diberi sangat logik...iaitu jantina atau gender...dari situ saya mengenali bahawa sex itu adalah jantina...

Jadi mengapa perlu dipertikaikan..? Kalau kita dididik dengan betul bahawa sex itu adalah sesuatu perhubungan kelamin antara jantina lelaki dengan perempuan mungkin tidak timbul masalah sosial(buang anak dll) yang dihadapi oleh negara sekarang ini.. Yang menyebabkan remaja atau masyarakat zaman sekarang terlebih sosial adalah kerana mereka memandang sex itu dengan cara yang salah..mengapa ini terjadi..ianya terjadi keran sikap masayrakat Malaysia yang suka sangat menjaga adab yang tah apa-apa sehinggakan hampir merosakan masyarakat meraka sendiri..Menjaga adab biarlah pada tmpat yang kena...sebab itu golongan ini memandang sex itu dengan cara yang salah... Jadi Kita sebagai golongan yang sedar ini haruslah berfikir secara matang...Perlu berfikir diluar kotak pemikiran...agar bahana ini dapat diakhiri... Bak Pepatah Melayu "Melentur buluh biarlah dari rebungnya" ...kenapa rebungnya dan bukan buluhnya...? kerana rebung itu lembut dan masih lagi dapat dibentuk atau diubah coraknya... Samalah seperti budak atau bayi bayi...mereka bermula dari kosong...yg menjadikan mereka manusia adalah persekitaran nya.. Perlulah difikirkan bahawa yang menentukan masa depan generasi yang akan datang adalah bermula dari kita sendiri...Jika ingin melihat generasi yang akan datang lihatlah generasi pada hari ini....


Wallahualam.... (Raid Shahrun)

0 comments: