| zaim♥ani | aca | lia | raid | zaid | rafidah | syed | raidah | muadz | sheera | nadia | iqbal | sara | apis | azim | intan | asyraf | danial | izzah | iqa | danish | dayah |. WE'RE CAS mate . =)

Friday, December 31, 2010

hello....hello...

waaaa....
tujuan saya meng'post' nie...
utk mngucapkn
kpd sume..x kesah la ahli2 C.A.S or sape2 yg bace post nie...

dah msuk 2011 dah kte...
semoga taun nie...
jd lbih3 baek dr taun2 sblom nie....

kpd intan, iqbal dan ayun...korng taun UPSR...
hafiz, hazim, nadia...korng PMR
shaheera dan zaid...SPM...
wahh..rmi yerr taun nie exam bsar..
gud luck la yerr korng...
mse utk korng struggle dah start..

doakn saya dn jge muadz...
mndpat kputusan yg cmerlang dlm SPM(2010) kteorg hr tu...



Truly,
-Syiadatul-

Thursday, December 9, 2010

berakhir sudah....




hehe~~~
yea..saya bkn lagi pelajar sekolah mnengah...
dah abis dah~~~


your truly,
-syiadatul-

Friday, December 3, 2010

saya seTujU

tahniah ku ucapkn kpd ra8
pendapat anda sgt berguna
mmg btl kata anda...

zaman skrg nie pendapat ttg pendidikan seks sgt ditentang
spttny mereka mmg patut tau mana yg baik dan mana yang salah
pendidikan seks sgt dipandang serong dgn org melayu
kononnya akan merosakan lebih dari memberi kebaikan
kenapa tgk pada yg buruk tetapi tidak tgk pada ilmu yang x mudah didapati
saya yang belajar sains kebanyakan dgn cikgu perempuan
namun dikolej saya belajar subjek anatomi dan fisologi dgn lect lelaki
mmg lain
lagi2 bab2 pembiakan laki dan wanita
mula2 mmg segan tp bila dah blajar dgn dia
mmg kagum tgk laki tau lebih dari wanita ttg wanita
mcm selalu yg brlaku pada bdk2 cos saya
kami brcerita ttg ilmu namun bagi student yg tak paham dgn apa yg kami ckp
mereka pikir kami ckp benda2 yg kotor

yg penting skrg nie ia adalah ilmu
bila x ada ilmu mula la pikir benda2 yg salah
dlm islam sendiri ilmu wajib dicari
pendidikan seks juga ilmu
kenapa kini dipertikaikn
atau mereka sendiri yg x kenal apa itu ILMU

~penCiNtA IlMU~

Wednesday, December 1, 2010

saya nak berkongsi pendapat

Assalamualaikum w.b.t

ok..sebenarnya bukan la cerita ni best sangat untuk dikongsi...tetapi apa yang dihairankan ialah masalah Pendidikan seks pada seawal usia 7 tahun... Kenapa ramai yang menentang..? kadang-kadang pelik juga melihat citizen zaman sekarang ni terutamanya para ibubapa(yang mereka fikirkan mereka telah matang dan mempunyai kuasa veto terhadap kanak-kanak).... Rasulullah SAW ada berkata "sampai-sampaikan lah dan berpesan-pesan lah" jadi saya mengambil ini sebagai satu inisiatif untuk memberitahu tentang pandangan saya....

Menurut Islam itu sendiri , sex merupakan perkara yang baik. Tetapi mengapa ia disalah anggap oleh masyarakat kita terutama yang berbangsa melayu(yang dibanggakan sangat)beragama islam...? Para ibubapa kita sering memarahi kita apabila kita menanyakan hal ini..? salah ke...?



Berdasarkan pengalaman saya ini...saya mula mengenali sex pada usia 8tahun ketika saya sedang mengisi borang(tak ingat untuk apa) untuk matapelajaran bahasa inggeris...Pada ketika itu saya bertanyakan kepada cikgu B.Melayu...jawapan yang diberikan sangat mengecewakan saya..cikgu tersebut menyuruh saya diam dan telah memarahi saya sambil mengatakan bahawa budak seperti saya tidak seharusnya berkata atau berfikif begitu...Jadi saya masih lagi bingung ketika itu...Kemudian saya berjumpa dengan cikgu B.Inggeris saya...Disitulah baru saya mendapat jawapan yang amat memuaskan hati saya...Jawapan yang diberi sangat logik...iaitu jantina atau gender...dari situ saya mengenali bahawa sex itu adalah jantina...

Jadi mengapa perlu dipertikaikan..? Kalau kita dididik dengan betul bahawa sex itu adalah sesuatu perhubungan kelamin antara jantina lelaki dengan perempuan mungkin tidak timbul masalah sosial(buang anak dll) yang dihadapi oleh negara sekarang ini.. Yang menyebabkan remaja atau masyarakat zaman sekarang terlebih sosial adalah kerana mereka memandang sex itu dengan cara yang salah..mengapa ini terjadi..ianya terjadi keran sikap masayrakat Malaysia yang suka sangat menjaga adab yang tah apa-apa sehinggakan hampir merosakan masyarakat meraka sendiri..Menjaga adab biarlah pada tmpat yang kena...sebab itu golongan ini memandang sex itu dengan cara yang salah... Jadi Kita sebagai golongan yang sedar ini haruslah berfikir secara matang...Perlu berfikir diluar kotak pemikiran...agar bahana ini dapat diakhiri... Bak Pepatah Melayu "Melentur buluh biarlah dari rebungnya" ...kenapa rebungnya dan bukan buluhnya...? kerana rebung itu lembut dan masih lagi dapat dibentuk atau diubah coraknya... Samalah seperti budak atau bayi bayi...mereka bermula dari kosong...yg menjadikan mereka manusia adalah persekitaran nya.. Perlulah difikirkan bahawa yang menentukan masa depan generasi yang akan datang adalah bermula dari kita sendiri...Jika ingin melihat generasi yang akan datang lihatlah generasi pada hari ini....


Wallahualam.... (Raid Shahrun)